Kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya rakyat mahu sistem itu dikembalikan," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, ia perlulah dikaji terlebih dahulu sama ada sistem GST lebih baik berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedia ada.
"Jika rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST. Tapi untuk masukkan dalam belanjawan tahun hadapan memang tidak sempat," katanya.
Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berharap kerajaan memperkenalkan semula GST dengan kadar yang lebih rendah berbanding era pemerintahan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.
Menurut Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih berkata, sistem GST lebih adil dan cekap berbanding SST.
Pada PRU 14 lalu, Pakatan Harapan nekad memansuhkan sistem GST kerana rakyat menolak sistem tersebut. 1 September 2018, sistem SST diperkenalkan semula untuk menggantikan GST.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2nQruOL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2nQybAo
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment