loading...

Sunday 14 July 2019

(Video) 'Dia makan anak buah aku, siap pau lagi'


Lagi klip video buli dan peras ugut yang membabitkan sekumpulan remaja, viral di media sosial. 

Berdasarkan klip video tersebut, seorang remaja lelaki diperas ugut sekumpulan individu yang dikenalinya dalam lokasi yang tidak dinyatakan. 

Enggan memberikan kerjasama, salah seorang individu terbabit yang dikenali sebagai Denial bertindak menerajang mangsa sehingga terjatuh dari basikal. 

Kejadian itu turut dirakam rakan suspek yang kemudian disebarkan di media sosial. 

Bapa saudara mangsa yang mengetahui kejadian itu berang dengan tindakan suspek dan menyeru orang ramai yang mengenali suspek tampil memberikan maklumat.

"Siapa kenal budak ni? (Dia) makan anak buah aku, siap pau (peras ugut) lagi. Wow! Undang-undang kat tangan lu orang ke? Okey la, bapak sedara dia (pengadu) pun nak buat undang-undang sendiri la. 

"Lu tunggu ini malam, wa cari lu okey. Wa nak tengok gak, lu punya tendangan maut macam mana depan mata aku ni. Budak kecik makan ramai-ramai, Kimk," demikian tulis bapa saudara mangsa. 

Tidak diketahui perkembangan terkini kes itu, namun netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek.




from The Reporter https://ift.tt/32qv7dx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2jTy4St
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...