Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diberi dadah sebelum dirogol oleh empat sepupu dan gurunya hanya kerana cemburu dia memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dalam kejadian yang berlaku di Sitapur, Uttar Pradesh, India.
Difahamkan, empat sepupu terbabit tinggal serumah dengan mangsa. Cemburu dengan kejayaan mangsa dalam akademik, mereka mula merancang untuk membalas dendam.
Pada hari kejadian, suspek mengajak mangsa untuk makan tengah hari bersama mereka. Namun, suspek telah mencampur makanan tersebut dengan dadah. Selepas mangsa makan makanan itu, dia mula berasa pening kepala sebelum tidak sedarkan diri.
Empat suspek membawa mangsa ke bilik khas untuk kakitangan di sebuah sekolah kerajaan di mana suspek bergilir-gilir memperkosa mangsa.
Seorang guru juga didakwa terbabit dalam perbuatan jijik itu, malah turut merakam video kejadian rogol itu.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut menyebar video kejadian itu di aplikasi WhatsApp di mana mereka berasa bangga dapat memperlakukan mangsa seperti itu.
Ibu bapa mangsa terkejut melihat video itu terus membuat laporan polis.
Sementara itu, Superintendan Madhuvan Kumar Singh berkata, "Selepas mangsa diberi dadah, empat suspek dan guru terbabit bergilir-gilir merogolnya sementara salah seorang suspek merakam kejadian itu.
"Apabila mangsa sudah tersedar, dia dimaklumkan oleh suspek yang mengatakan dia pengsan di taman permainan lalu dibawa ke bilik tersebut.
Siasatan mendapati, suspek berbuat demikian kerana cemburu dengan mangsa yang berjaya mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan berbanding mereka yang gagal dalam peperiksaan yang sama sehingga dimalukan oleh keluarga sendiri.
Polis berjaya menahan seorang suspek, manakala empat lagi suspek sedang diburu.
Sumber: News18, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2KSQhLO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LuZidu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment