loading...

Tuesday 9 July 2019

Pelantikan ratu transgender dalam CCM ikut prosedur bagi menangani penyakit HIV/AIDS


Heboh di media sosial seorang lelaki transgender berbangga dengan perlantikannya sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penggal 2019-2021. 

Individu bernama Rania Zara Medina itu turut memuat naik surat perlantikannya di Facebook dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan KKM itu yang dianggap mengiktirafkan golongan LGBT. 

Sementara sumber dari laman Facebook pula mendakwa perlantikan itu adalah bagi memberi nasihat dan memperjuangkan hak transgender. 


Bagaimanapun, KKM tampil menjelaskan bahawa perlantikan individu terbabit adalah mengikut prosedur yang sedia ada. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang juga merupakan pengerusi CCM berkata, sebagai keperluan Global Fund, ahli CCM terdiri daripada 25 individu yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.

Katanya, populasi sasar itu, termasuk transgender, seks lelaki bersama lelaki (men-sex-with-men), pekerja seks wanita, penagih dadah dan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (PLHIV).

Wakil komuniti populasi sasar dipilih dalam kalangan populasi berkenaan dan disahkan melalui surat lantikan oleh Pengerusi CCM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.

Dr Lee berkata, pengerusi pertama CCM ialah Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, diikuti Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, fungsi utama CCM adalah merangkumi permohonan peruntukan di bawah Global Fund, pemantauan serta memberi sokongan teknikal bagi pelaksanaan projek yang mana Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak sebagai koordinator dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan.

Selain itu, katanya, fungsi CCM adalah bagi mengawal HIV/AIDS sejajar dengan Pelan Strategik Nasional dalam menangani wabak itu di negara ini.

Pada 21 September 2018, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini kerana konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.

Beliau pada 16 Jun lalu di The Cambridge Union Society, sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk menerima amalan songsang itu di kalangan rakyat Malaysia. 

Meskipun begitu, netizen berpendapat bahawa kerajaan tidak sepatutnya melantik individu seperti Rania Zara Medina atau dari golongan itu sendiri. Sebaliknya ada lebih ramai aktivis yang boleh dilantik untuk merapati golongan tersebut dalam usaha membantu mengawal HIV/AIDS. 



from The Reporter https://ift.tt/30nkMNB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Jz6Jh9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...