Sebelum ini, si ibu buat laporan polis terhadap seorang guru kerana merotan tapak tangan anak perempuannya (Tahun 5) kerana tidak membawa kerja sekolah ke sekolah. Kali ini, dia tampil membuat laporan polis kedua ke atas guru yang sama.
Menurut Huang, guru itu telah menukar hukuman rotan kepada hukuman menulis perkataan sama sebanyak 50 kali. Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya sebaik saja pulang dari sekolah, Selasa lalu.
Murid itu memaklumkan, gurunya menukar hukuman itu setelah ibunya membuat aduan dan laporan polis. Huang yang tidak berpuas hati dengan perkara itu tampil membuat laporan polis buat kali kedua.
REAKSI NETIZEN
Netizen terkejut dengan perkara itu dan mula memberi sokongan kepada guru berkenaan. Malah ramai yang tidak faham, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh si ibu itu.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2YVbY1n
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JBANsz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment