loading...

Tuesday 9 July 2019

Fizo & Mawar sah bercerai kerana tiada lagi keserasian sejak beberapa tahun lalu


Pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini. 

Fizo, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan. 

Difahamkan, perceraian itu berpunca dari masalah keluarga. 

Mawar memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, pada 5 Julai lalu. 

Terdahulu, Che Abdullah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk menceraikan Mawar. Fizo menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian dan persefahaman di antara mereka sejak beberapa tahun lalu. 

Fizo dan Mawar juga saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri. 

Hakim kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama JAIS dan sijil nikah dibatalkan. 

Fizo dan Mawar bernikah pada November 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2G6S23Z
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XCwoQ2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...