loading...

Monday 8 July 2019

'Di depan mata saya, dia bagi anak dia kencing dalam tong sampah' - Gadis dakwa pelancong China buat onar di Imago Mall


Seorang gadis meluahkan rasa terkejut apabila dia ternampak seorang wanita yang dipercayai pelancong dari China sedang membantu anaknya kencing di atas tandas. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Imago, Kota Kinabalu, Sabah berdekatan dengan premis KFC.

Pengadu tidak menyangka kejadian ini benar-benar berlaku di depan matanya kerana selama ini dia hanya menyaksikan video viral mengenai kelakuan buruk pelancong China di negara orang. 

BIASANYA saya hanya baca betapa tidak bertamadunnya pelancong dari Tanah Besar China yang viral di Facebook dan hari ini saya sendiri menyaksikan kejadian itu. Tidak perlu saya jelaskan secara terperinci, gambar itu sendiri telah menjelaskannya. 

Saya terkejut apabila melihat insiden itu berlaku di depan mata saya dan bayangkan jika orang awam menyentuh bahagian atas tong sampah itu. Sangat menjijikkan! 

Pastikan anda membasuh atau sanitize tangan anda apabila menyentuh bahagian atas tong sampah atau apa-apa saja kerana anda tidak tahu jika ia telah dicemari air kencing.

Ramai orang tanya kenapa saya tidak menegur atau memaklumkannya kepada pengawal keselamatan sebelum memuat naik gambar ini. 

Pertama saya minta maaf sebab saya memang tidak mahu teugr mereka, malah terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata di mana selama ini saya hanya melihat di Facebook dan kali ini berlaku di depan mata di mall yang secantik, ada standard seperti Imago. It's a public mall okey!

Dalam masa yang sama, sebenarnya ramai orang yang turun dari eskalator dan kebetulan semasa saya merakam gambar ini, tiada orang yang lalu di situ. Lagi-lagi di depan ini ada premis KFC. 

Fikir logik, perlukah kita ditegur sebab bawa budak kencing di atas tong sampah? Sebenarnya tidak kan? I mean, common sense la kencing di tandas atau kalau emergency pun, mungkin boleh guna plastik dan lakukannya di satu sudut yang tidak dilihat orang? 

Masa itu juga memang tak nampak pengawal keselamatan. Jadi kalau saya pergi cari pengawal keselamatan, bila patah balik rasanya mereka pasti sudah tiada di situ. 

Apa pun, saya akan maklumkan kejadian ini kepada pihak Imago. Mungkin mereka akan menyelesaikan masalah ini agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang. 

Terima kasih kepada yang memberi pendapat. Yang rasa saya salah sebab post gambar ini, maaf kerana tidak dapat puaskan hati semua orang. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa jangan sesekali sentuh bahagian atas tong sampah. 

Sumber: Bonnie Wong


from The Reporter https://ift.tt/30lRzm8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JB2ou6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...