Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam landskap.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa, Muhammad Aqil Irfan Muhammad Haffiez, 2, bersama ibunya berusia 38 tahun menghadiri rumah terbuka di rumah tersebut di Kampung Labu, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, jam 10 pagi Isnin.
Namun, ketika sedang menikmati jamuan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam tanpa disedari oleh ibunya.
"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian, ibu mangsa berada dalam rumah manakala mangsa berada di luar rumah bermain bersama saudara mara lain.
"Sepupu mangsa berusia 16 tahun menyedari mangsa tertiarap dalam kolam sebelum menjerit meminta tolong," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa.
Seorang daripada saudara mangsa yang bekerja sebagai jururawat cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar yang kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati, rumah yang dikunjungi dua beranak itu adalah rumah kampung dan mempunyai kolam hiasan dengan kedalaman kira-kira satu meter.
Ekoran kejadian itu, ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2J18vbM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NskIKV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment