Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
PENANGGAL pernah masuk rumah I. Dari back door nak keluar main door. Tapi since main door tutup, dia buat u-turn. Darah berbintik-bintik dalam rumah between those two doors.
How? Before that, my mom nampak luar since tingkap cermin tak ada langsir, dia tengok kitorang dekat dalam.
It's normal here tho. Selalu nampak diorang berlegar-legar di luar rumah kalau dah malam. Tapi tak pernah masuk even buka pintu. Don't know why dia boleh masuk that one time sedangkan dah lock rumah.
Aunty I pernah sekali memasak, tengok kuali lah kan gaul masakan dan bila tengok depan, penanggal itu betul-betul di depan mata dia. Cuma di luar tingkap, tak masuk rumah. If you were her, what would you do?
My mom selalu nampak benda itu perhatikan my mom dari luar dengan mata yang sangat merah. Dari jauh pun you boleh cam dah benda tu and yelah benda itu terapung kan, so dia bebas bergerak.
Okey, lari topik kejap sebab I nak tanya. Korang percaya kewujudan zombie ke? Sebab I pernah nampak juga di sini. Tetapi sampai sekarang I confuse nak percaya atau tak sebab seram. Masa nampak tu, jantung I hampir gugur.
Masa itu I keluar dengan kawan-kawan di Kota Kinabalu dan I balik pun dah malam. Sampai rumah jam 11 malam+ sebab perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud mengambil masa satu jam.
Masa itu I drive seorang diri. Ada satu bulatan kubur, I lalu di situ. Tak ada lampu jalan, hanya lampu kereta sahaja. I drive slow di kawasan itu. Yelah, dah biasa lalu, memang tak ada nak overthink. Dan lampu kereta I, I on highlight. Bila dah On, I jalan je sampai hujung roundabout kubur itu.
For your information, roundabout itu besar. Rasanya boleh muat rumah Aliff Syukri dalam tu.
Malam itu, hanya kereta I seorang saja di jalan itu. Kebetulan agaknya. Tetapi masih tak terfikir benda yang bukan-bukan. Tempat yang dilalu setiap hari, mestilah dah biasa kan.
Bila dah sampai hujung roundabout itu, I dah pusing separuh, I nak masuk simpang, since I highlight, nampak satu kelibat manusia di tengah jalan dari depan nak pergi kereta I eventho kereta I masa itu bergerak perlahan.
Pada awalnya I abaikan. Tapi bila tengok betul-betul, rambut keras serabai panjang tapi tak panjang sangat. Macam rambut lelaki yang panjang itu. Tangan dia buka besar dan kotor, kulit dia pucat. I ingat lagi baju dia warna kelabu tetapi baju dia macam kena simen sebab I nampak putih-putih.
Dia tengok I dengan matanya yang merah. Dia kejar kereta I dari depan. I menjerit, tak tahu nak langgar atau tembus saja lalu tepi jalan itu. Sampai sekarang bila ingat, rasa seram itu tak berkurangan.
Pasal zombie itu I tak tipu. Cuma bukan zombie yang betul la kot. Orang kata yang ambil dadah jenis flakka apa tu. Tapi sumpah seram.
Kalau ada kematian di kampung, mesti orang kampung berjaga dalam tempoh seminggu di kubur pada waktu malam, pasang khemah segala sebab risau balan-balan korek balik mayat dalam itu dan dibawanya pergi ke tempat lain.
I tak tahu tetapi pernah dengar yang mati tapi hidup? Pernah sekali kes ini berlaku di kampung my mom. Orang itu baru kena kubur pada malam itu dan tengah malam dia ketuk pintu rumah salah seorang saudara I di kampung itu. Padahal dia dah meninggal.
Tak apa kalau korang ada masalah nak percaya atau tidak. Nampak tak cara saya cerita macam mana? Recall satu satu, bukan rekaan bah ini.
Di Sabah kami tak panggil ia sebagai penanggal atau balan-balan. Kami panggil b kuasa 2 sebab orang tua kata tak boleh sebut nama penuh, risau dia datang.
Tak kisahlah apa kan, yang penting dia masuk rumah tak bagi salam.
Sumber: Amera Hartini
from The Reporter https://ift.tt/2KR8mKq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Lujmgb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment