loading...

Tuesday 9 July 2019

Anak Mat Sabu didakwa guna dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid, bicara 8 Ogos depan


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 8 Ogos depan untuk pengurusan kes dan tarikh bicara kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan anak lelaki Menteri Pertahanan di pusat hiburan terkemuka Januari lalu. 

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh itu ketika prosiding sebutan semula kes yang dihadapi Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu. 

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC yang terdapat pada ganja di tandas pada jam 2.05 pagi, 5 Januari lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan di bawah pengawasan AADK di bawah Seksyen 38B akta sama selama tempoh tiga tahun, jika didapati bersalah. 

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah yang kemudiankan dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2xFfm49
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JC8nyN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...