loading...

Thursday, 11 July 2019

'Ambil kutukan orang sebagai perangsang untuk berubah'


Wanita dan kecantikan sudah pasti tidak dapat dipisahkan. Apa sahaja produk yang diiklankan tampak cantik dan menarik serta berkesan, sudah pasti golongan ini akan memilikinya. Namun begitu, lambakan produk kecantikan di pasaran kadangkala membuatkan wanita keliru memilih yang mana satu produk yang sesuai dengan kulit mereka.

Perkongsian rutin penjagaan kulit oleh gadis ini di Twitter diulang kicau sebanyak 7,000. Rata-rata netizen terutamanya golongan gadis dan wanita teruja melihat perkongsian gadis ini.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, wajahnya sebelum ini berjerawat dan kelihatan kusam. Namun selepas mengamalkan penjagaan kulit yang betul, kulitnya semakin sihat dan cantik.


BEFORE I start, thanks to my sweetheart yang selalu ingatkan I, ‘Sayang dah basuh muka?’ ‘Sayang dah pakai skincare?’ and everytime I menangis kena kutuk then I cakap I tak lawa macam girl lain, dia akan cakap ‘Sabar sayang, awak cantik. I love the way you are.’



Basically untuk jaga skin, Yan mula thread ini dengan pemakanan dulu tau. So kurangkan makanan berminyak, makanan manis, (KURANGKAN BUKAN CUT HABIS). And make sure air mineral cukup! Baru kulit boleh hydrate.

Not only that, you guys kena rajin tukar sarung bantal. I mean bukan hari-hari. Dalam seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Cara lain boleh alas kain dekat bantal masa nak tidur.

Untuk skincare pula, kebanyakkan Yan gunakan skincare dari Watson dan Guardian. Harga ekonomi (biasalah student). Yan tak banyak gunakan skincare. Tapi untuk cleanser Yan gunakan Qalish Cleansing Gel dan double cleansing oil from Hadalabo.  For sure basuh muka dua kali sehari. Pagi sekali malam sebelum tidur.



Untuk hydratekan skin,  Yan gunakan Hadalabo hydrating lotion, botol kecil for only RM10 je kot and Yan pun guna water spray from Clinelle (lupa eja). Part paling best, profix help me a lot.  I’m swear! Muka I jadi macam tak kusam and jerawat pun kecut.




Untuk sunscreen, Yan gunakan Biore yang warna kuning itu.  Part ini jangan skip tau.  Kalau skip sunscreen Yan tembak korang!!



Apa pun, teruskan usaha!  Ambil kutukan sebagai perangsang korang nak berubah.  Lots of love and keep fighting.

Plus, jangan dengki. Kalau orang lain cantik, happy for them. Apa kita boleh buat doakan untuk diorang. Yan doakan korang dapat clear skin yang korang idamkan. Ameen.

Sumber: Dyanbatrsya


from The Reporter https://ift.tt/2NK771E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30wW1i9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...