Tetapi bagi lelaki berusia 28 tahun dari Oklahoma ini, perbuatan itu menyebabkan dia terpaksa bergegas ke hospital kerana vertebral arterynya terkoyak.
Josh Hader yang bekerja di rumahnya di Guthrie, Oklahoma sebelum itu terasa lenguh di lehernya dan cuba melegakannya dengan melakukan sentakan yang biasa dilakukannya sebelum ini.
Namun kali ini dia menggunakan tangannya untuk berbuat demikian bagi menambahkan lagi sentakan itu dan terdengar bunyi sentakan yang kuat lalu menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
Bahagian kiri badannya menjadi lumpuh serta-merta dan dia segera memeriksa sama ada bahagian wajah sebelah kirinya 'jatuh' (salah satu simptom terkena serangan strok).
Wajahnya kelihatan seperti biasa, lalu Josh mengandaikan mungkin urat sarafnya terjejas seketika dan pergi mendapatkan pek ais untuk melegakan kesakitan itu.
Malangnya, Josh tidak dapat berjalan seperti biasa.
"Bila saya berjalan ke dapur, saya hanya dapat berjalan pada sudut 45 darjah. Saya tidak dapat berjalan lurus seperti biasa," katanya.
Josh kemudian dibawa oleh bapa mentuanya ke hospital dan keadaan menjadi semakin buruk apabila dia langsung tidak dapat berjalan.
Pemeriksaan CT scan tidak menemui sebarang pendarahan dalam otak tetapi doktor mengesahkan Josh mengalami strok dan perlu diberi ubat yang boleh mengaktifkan tisu plasminogen atau tPA, untuk melarutkan ketulan darah beku.
Josh dipindahkan ke Hospital Mercy dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa hari sehingga dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia belajar untuk berjalan dan menguasi tangan kirinya.
Hader bernasib baik kerana masih hidup dan dalam beberapa minggu selepas menerima rawatan, dia sudah mampu berjalan dan melakukan kerja-kerja rumah.
Walaubagaimanapun, dia masih mengalami masalah untuk mengimbangkan badannya dan sukar mengendalikan tangan kirinya.
Menurut pakar neurologi strok, Kazuma Nakagawa berkata, Josh terkoyakkan vertebral artery ketika merengangkan lehernya yang boleh menyebabkan koma atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan maut.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter http://bit.ly/2GX0Qco
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DReqNM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment