Sabtu 27 April lalu, Indonesia mula menghapuskan puluhan bot asing yang disita kerana menceroboh perairannya untuk menangkap ikan.
Kira-kira 51 bot asing termasuk dari Vietnam, Malaysia dan China akan dihanar ke beberapa lokasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudijiastuti menegaskan tindakan itu adalah perlu bagi memberi amaran kepada negara jiran bahawa Indonesia sangat serius menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairannya.
"Tiada jalan lain, ini adalah penyelesaian yang paling indah unuk negara kami. Namun ya, ia menakutkan bagi negara lain," katanya.
Jelasnya lagi, Indonesia mengalami kerugian ekonomi ekoran penguatkuasaan tidak tegas sebelum ini sehingga menyebabkan bot asing menceroboh perairannya untuk menangkap ikan.
Semenjak Joko Widodo dilantik menjadi Presiden Indonesia, ratusan kapal nelayan asing telah disita di mana separuh daripadanya adalah milik Vietnam, telah diletupkan.
Sumber: AFP, Berita Harian
from The Reporter http://bit.ly/2Vnx1Mk
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WrbrTt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment