loading...

Thursday, 9 May 2019

'Setelah didesak, dia mengaku menghantar mesej itu' - Pemandu Grab buat laporan polis terhadap penumpang biadab


Seorang pemandu Grab Car membuat laporan polis terhadap penumpang yang melemparkan kata-kata kesat berunsur penghinaan kepada agama dan bangsa atas motif yang tidak diketahui. 

Terdahulu, pemandu Grab berkenaan, Murshid, 37, menerima tempahan daripada penumpang bernama Mac di Jalan 51A/225 Seksyen 51 A, Petaling Jaya pada jam 9:56 malam Khamis, untuk pergi ke Damansara, Petaling Jaya. 

Dalam perjalanan ke lokasi, Murshid menerima mesej daripada Mac yang melemparkan kata-kata kesat dan menghina Melayu serta Islam. 

"Antara kandungan mesej terbabit adalah "Dumb idiot, I am not gonna give you free money Melayu Bodoh dan Die in Hell", selain turut menghina Allah sebelum membatalkan tempahan berkenaan.

"Saya tidak tahu mengapa dia menghantar mesej sebegitu. Tetapi saya terus ke lokasi berkenaan untuk mengesan individu berkenaan berikutan jaraknya tidak jauh dari lokasi saya," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Sebaik tiba di lokasi, Murshid ternampak dua individu masing-masing lelaki dan wanita dalam kereta Toyota Vios. 

Bagi mendapatkan kepastian, Murshid kemudian bertanya kepada lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit sama ada dia yang membuat tempahan Grab dan menghantar mesej itu kepadanya. 

Pada awalnya, lelaki itu enggan mengaku tetapi setelah didesak akhirnya dia mengaku berbuat demikian. 

Rakan wanita Mac cuba mententeramkan keadaan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. 

Murshid beredar dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 1:22 pagi hari ini untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, Mac juga turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 


Kejadian itu turut viral di media sosial selepas dimuat naik oleh bekas kakak ipar Murshid. Dan dalam kenyataannya itu, lelaki terbabit telah memohon maaf dan mengakui kesalahannya. 

"Tetapi polis kata kes rumit atas alasan lelaki itu telah mengaku kesalahan beliau." katanya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam. 



from The Reporter http://bit.ly/2vXOewJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DYtyZy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...