Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dan menyelar tindakan stesen televisyen swasta, TV3, yang melabelkan pejuang Gaza, Palestin, sebagai 'Militan'.
Ustaz Haji Omar Kassim menganggap tindakan TV3 itu sebagai biadab dan menuntut pihak berkenaan membuat permohonan maaf.
"Adakah minda Zionis telah masuk ke TV3? Menteri Komunikasi dan TV3 mesti memohon maaf kerana kebiadaban ini.
"Orang Palestine di Gaza yang sedang diserang dalam bulan ramadhan, biadab dan kurang ajarnya kamu memanggil mereka MILITAN!
"Bukankah di sana ada bayi-bayi dan anak-anak yang tidak berdosa cedera dan menjadi korban? Apa kamu tidak membaca, telingamu tuli?
"Kemudian pejuang dan rakyat Gaza bertindak balas, sebagaimana Tok Janggut dulu bertindak balas menentang inggeris, kamu panggil mereka MILITAN?" tulisnya di Facebook semalam.
Menurut beliau, sehingga ke waktu ini, TV3 dan Menteri Komunikasi masih belum membuat permohonan maaf.
Sumber: Ustaz Haji Omar Kassim
from The Reporter http://bit.ly/309nirq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DXY5qp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment