loading...

Friday, 10 May 2019

'Saya jangka saya akan kena marah, tapi...' - Netizen tersentuh baca kisah 2 doktor ini selepas terlibat dalam kemalangan kecil


Tatkala membaca perkongsian Dr Aniah ini, senyuman terukir di hati dan bangga dengan sikap yang ditonjolkan oleh Dr Aniah dan rakan barunya, Dr Loges. 

Semuanya bermula dari satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan kekerasan untuk menangani situasi seperti ini, tetapi tidak bagi mereka berdua yang menangani hal itu dengan begitu bertoleransi sekali. 

"Pada Isnin (1 Ramadhan), saya terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah kereta milik Dr Loges dari Kementerian Pelajaran (MOE) di persimpangan lampu isyarat berhampiran rumah saya. 

"Saya berkongsi kisah ini kerana saya ingin berkongsi bagaimana respon Dr Loges apabila saya terlanggar kereta dia. 

"Selepas kemalangan itu, kami pandu kenderaan ke jalan yang kurang sesak. Sebaik keluar dari kereta, dia berjabat tangan dengan saya dan memperkenalkan dirinya. 

"Saya mengakui yang saya tertidur dan memohon maaf kepadanya. Dia berkata dia faham yang saya keletihan, memandangkan hari itu adalah hari pertama Ramadhan. 

"Dia juga menyarankan kami berdua pulang ke rumah dulu dan buat laporan polis kemudian kerana saya perlu pulang ke rumah untuk berbuka puasa. 

"Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh adalah betapa empatinya dia ketika saya menghantar mesej untuk memohon maaf kepadanya. 

"Dia kata, tak mengapa dan dia faham serta mengucapkan 'Selamat Berbuka Puasa' pada saya. Tidakkah ini satu respon yang sangat indah dikala situasi yang tegang (selepas berlaku kemalangan) yang mana saya menjangka saya akan dimarahi, tetapi respon yang sebaliknya pula saya dapat," katanya. 

Sejak dari kejadian itu, Dr Aniah dan Dr Loges mula menjadi sahabat dan insiden itu benar-benar membuatkan Dr Aniah bangga menjadi rakyat Malaysia, dengan kepelbagaian yang kita miliki sebagai sebuah negara menjadikan kita menyedari budaya lain dan menghargai satu sama lain.

"Terima kasih Dr Loges kerana menjadi sangat empat itentang bulan puasa.

"Saya juga mendapat pengajarannya, jika terlalu penat, saya sepatutnya tidur terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Saya bersyukur kejadian ini berlaku ketika kereta bergerak dengan kelajuan perlahan. 

"Kepada ibu bapa atau sesiapa saja di luar sana, tidurlah seketika (power nap) jika anda terlalu letih, sebelum memulakan pemanduan," katanya. 



Sumber: Dr Aniah


from The Reporter http://bit.ly/2VgAbwn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/30bUJtl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...