loading...

Sunday, 12 May 2019

Budak 5 tahun dakwa dirogol oleh anak pengasuh


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, yang juga merupakan anak asuhan ibunya di Taman Lapangan Jaya, Ipoh. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, SUperintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu baru diketahui pada Khamis lalu setelah mangsa menceritakan perbuatan suspek kepada ibu saudaranya sebelum dimaklumkan kepada ibunya. 

Ibu mangsa ada bertanya sendiri kepada anaknya dan kanak-kanak itu menceritakan perbuatan suspek selain mengadu sakit di bahagian alat sulitnya. 

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menjalani pemeriksaan dan keputusan mendapati terdapat kesan koyakan separuh yang dipercayai akibat tusukan objek tumpul. 

Difahamkan, mangsa sudah dijaga oleh ibu suspek sejak berusia dua tahun enam bulan, manakala suspek tidak bersekolah dan membantu menjaga anak-anak yang diasuh ibunya ketika ibunya sedang memasak.

Isnin lalu, mangsa ada mengadu mengenai kesakitan di bahagian sulitnya, tetapi ibunya tidak mengesyaki apa-apa. 

Sehari selepas itu, mangsa juga menangis ketika dihantar ke rumah pengasuhnya dengan mengatakan ada budak lain yang dijaga di situ mahu memukulnya. 

Suspek kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2VdAGqR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Je49zr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...