loading...

Sunday 12 May 2019

Berang pinangan ditolak, lelaki bakar gadis berusia 16 tahun


Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki cuba membunuh gadis berusia 16 tahun dengan menyimbah minyak lalu membakarnya selepas mangsa menolak pinangannya. 

Dalam kejadian yang berlaku di Muzzafargarh, Pakistan, mangsa mengalami kecederaan melecur di muka, badan dan tangan. 

Ibu mangsa membuat laporan polis dan mendakwa lelaki terbabit bersama dengan rakannya melakukan jenayah itu terhadap anak perempuannya. 

Menurut si ibu, dia terjaga dari tidur pada jam 1.30 pagi selepas terdengar jeritan anaknya dan ternampak dua lelaki melarikan diri selepas menyimbah anaknya dengan minyak sebelum menyalakan api. 

Panik dengan keadaan itu, si ibu terus menjerit meminta bantuan saudara maranya untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuh mangsa. 

Ibu mangsa mendakwa dua lelaki itu memang berniat membunuh anaknya selepas dia menolak pinangan lelaki terbabit yang diuruskan oleh keluarganya. 

Kes sedang disiasat. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter http://bit.ly/2PWq7Ya
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WHCl9K
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...