Susulan viral surat cadangan penjenamaan semula nama Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kepada Sepang International Airport (SIA) di media sosial yang menimbulkan kekecohan di kalangan netizen, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengenai perkara itu dari Kerajaan Selangor.
Beliau berkata, nama KLIA masih kekal digunakan.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han mengesahkan perkara itu memang pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
"Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor dan kebanyakan lapangan terbang antarabangsa yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya.
"Tetapi sehingga setakat ini, tiada apa-apa yang diputuskan mengenai perkara tersebut," katanya.
Sumber: Sinar Harian
LAPORAN BERKAITAN:
from The Reporter http://bit.ly/2IFQXm0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2UHb2Q4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment