Apabila sudah mendirikan rumah tangga, suami perlu memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri itu bekerja membantu menambah pendapatan keluarga. Kerana nafkah isteri itu adalah tanggungjawab suami, begitu juga dengan nafkah kepada anak-anak.
Sebagai suami, mainkanlah peranan bertanyakan pada isteri apa keperluan rumah yang tidak mencukupi. Luangkan masa bersama untuk membeli barangan keperluan dan dalam masa yang sama ia boleh mengeratkan silaturrahim dalam keluarga. Bukan sahaja isteri gembira, anak-anak pun turut gembira.
Dalam luahan wanita ini, dia akui terkilan dengan sikap suaminya yang tidak begitu mengambil berat akan keperluan isteri dan anaknya. Hendak bekerja, tidak disuruh apatah lagi mencari pendapatan sampingan di internet. Sudahnya, si isteri tiada duit dan mengharapkan pemberian suami yang acuh tak acuh memberi nafkah.
MIN, tolong siarkan luahan aku ni min. Tak tahu nak luah macam mana. Suami jenis tak berkira kalau beli barang keperluan dia. Tetapi kalau beli makanan anak bini, nak dicari yang murah.
Aku ni bukan jenis tak bersyukur. Dia tak cakap pun dia nak cari yang murah juga. Dulu aku kerja, nak makan apa-apa pun bebas sebab guna duit sendiri kan.
Berat badan aku dalam 46 kilogram, tapi aku suka makan-makanan ringan. Memang dari dulu macam ni. Jadi, nak berubah tu kena perlahan. Bukan tak mahu berubah, sekarang ini dalam sebulan dua kali saja mau beli apa-apa, yang berhari-hari ditahan. Hari-hari pun anak makan telur saja. Itu pun sebiji tiga orang makan. Kalau bukan telur, maggie. Tak tahu nak berjimat macam mana lagi.
Dua hari lepas kami bertengkar, tetapi aku tak adalah kejam sampai tak buat makan minum bekal dia. Dia berkira, jadi aku nekad juga nak berkira dengan dia.
Disebabkan aku tak bekerja, jadi aku tak ada duit. Kalau dia minta untuk 'bersama', aku kenakan caj. Nak bermanja, aku caj. Nak aku buat makan minum dia, aku caj separuh sebab aku dan anak pun nak makan juga. Hahaha!
Tak sabar aku tunggu dia terima gaji nanti. Nak suruh dia bayar hutang dan dengan cara ini aku ada duit sendiri sebab dia sendiri tak bagi aku kerja atau mencari income sendiri.
Pagi tadi, boleh pula dia ketawakan aku sebab aku cakap, "Nanti gaji, abang tolong bayar hutang abang ya". Di fikiran dia mungkin menyangka aku main-main. Tunggulah kau nanti bila kau terima gaji ya Encik Suami.
Saya berharap suami saya baca luahan saya ini. Saya kata, kalau dia tak bayar, nanti saya minta admin siarkan gambar dia dalam tandas. Baru puas hati aku min.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter https://ift.tt/2YK1130
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HQh5uJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment