Difahamkan, kesemua penunggang motosikal terbabit berbuat demikian kerana mahu mengelak dari dirakam oleh kamera Sistem Pengawasan Automatik (AES).
Mereka dipercayai menggunakan pita pelekat hitam untuk menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka tetapi berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Beberapa hari lalu, Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya akan menghalang kemasukan kenderaan dari luar negara (Malaysia) kerana jumlah saman yang dikenakan masih belum dibayar.
Singapura mendakwa, rakyat Malaysia (pemandu/penunggang) masih berhutang RM100 juta saman dengan pihaknya.
Namun dari video yang viral itu jelas sekali menunjukkan bahawa rakyat Singapura juga melanggar peraturan lalu lintas di Malaysia.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2HKERJg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Glz3DN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment