loading...

Monday, 18 February 2019

Gantung diri kerana kemurungan


Seorang kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui mati dalam keadaan tergantung di tepi kapal di Pelabuhan Kemaman, petang semalam. 

Mayat mangsa berusia 38 tahun itu ditemui rakan sekerjanya pada jam 1.30 tengah hari ketika kapal mereka mula berlabuh perlabuhan itu. 

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sarawak, mengalami kemurungan dan baru tiga hari bekerja di kapal tersebut. Sebelum kejadian itu, mangsa sempat bermesyuarat bersama kru lain dan makan tengah hari. 

Bagaimanapun, 30 minit selepas itu, salah seorang kru ternampak mangsa tergantung di sisi kapal, lalu memaklumkan kepada kapten kapal yang kemudian menghubungi pihak polis pada jam 2.29 petang. 

Ketika kejadian, mangsa dikatakan melilit seutas tali di lehernya sebalum terjun dari kapal. Jerutan yang kuat menyebabkan leher mangsa hampir terputus. 

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2SZ25jq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2SNwz8R
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...