loading...

Thursday, 14 February 2019

Isteri nekad gantung diri selepas dimarahi suami kerana kerap bermain Facebook


Seorang wanita mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya kerana sedih dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook. 

Arniati, 23, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya kediamannya di Sungai Paret, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia pada 7 Februari lalu. 

Menurut jurucakap polis, Iptu Iswanto berkata, sebelum kejadian itu, Arniati bertengkar dengan suaminya, Sujaedi selepas lelaki itu memarahi dan melarang Arniati dari kerap melayari Facebook. 

Disebabkan pertengkaran itu, pasangan terbabit tidak bercakap selama beberapa hari sebelum Arniati ditemui mati tergantung di biliknya. 

Arniati sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan dia mahu membunuh diri dan meminta maaf kepada keluarganya. 

Sujaedi sempat membaca status WhatsApp isterinya tetapi tidak terfikir yang isterinya sanggup membunuh diri. 

"Saya mengetuk pintu bilik dan Arniati membukanya. Saya kata mahu mengambil barang dan apabila keluar, dia kembali mengunci pintu. 

"Saya memberitahunya agar jangan mengunci pintu kerana saya akan pulang tidak lama lagi," katanya. 

Sujaedi kemudian pergi ke tempat kerjanya dan setelah pulang ke rumah pada jam 3.30 petang, dia terus mengetuk pintu bilik, tetapi tidak dibuka lalu mengambil keputusan untuk mengintai dari tingkap. Usahanya gagal kerana tingkap ditutupi langsir. 

Sujaedi terus memecahkan pintu dan terkejut apabila mendapati isterinya tergantung tidak bernyawa. 

Mayat Arniati diturunkan anggota penyelamat dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halamannya. 

Ibu Arniati, Uni, juga datang ke kediaman pasangan itu menangis histeria kerana tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian selepas ditegur suaminya. 

Siasatan awal mendapati, Arniati berpijak pada tong cat dan menggantung lehernya pada tali. 




from The Reporter http://bit.ly/2BBTRDX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IeZyNF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...