loading...

Sunday, 17 February 2019

'...terus cabut pisau di perut, Sara daripada merengek terus senyap' - Budak maut tertusuk pisau melapah daging


Malang tak berbau, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat tertusuk pisau di bahagian kiri perut selepas terjatuh. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi semalam di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, Nur Qaisara Medina Supian, terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh ke atas pisau sepanjang 15 sentimeter itu. 

Lapor Harian Metro, pisau itu terbenam di bahagian kiri perut mangsa sehingga ke paras hulu pisau. 

Menurut ibu mangsa, Hana Mazlan, 27, berkata, anaknya yang baru sahaja selesai mandi dan belum memakai pakaian sebelum itu meminta susu dengannya tetapi disuruh tunggu seketika sebelum mangsa terus berlari ke arah neneknya. 

"Sara minta susu dengan saya. Masa itu saya sedang buai anak yang bongsu di bahagian dapur dan suruh dia tunggu sekejap. 

"Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu. Malangnya ketika berlari, dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai. 

"Sebaik terjatuh, Sara terus menangis kuat dan saya terus berlari mendapatkannya serta meribanya. Namun masa itu saya tidak nampak pisau tertusuk di perut kirinya. 

"Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yang warnanya sama dengan warna kulit anak. Tiada darah yang keluar dari tusukan itu, namun ibu mentua saya yang mungkin panik terus mencabut pisau berkenaan dan Sara daripada merengek terus senyap," katanya. 

Hana kemudian meminta bantuan jirannya untuk menghantar Nur Qisara ke klinik sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar. Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan Nur Qaisara telah meninggal dunia. 


Sementara itu bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, berkata, pisau yang tertusuk pada perut anaknya itu adalah pisau untuk melapah daging lembu. Sebelum kejadian itu berlaku kata, pisau itu digunakan oleh anak sulung dan kedua untuk menggupas buah mempelam dan ditinggalkan di atas pinggan di lantai. 

Supian reda dengan pemergian anaknya itu dan jenazah Nur Qaisara akan dikebumikan pada pagi ini. 


from The Reporter http://bit.ly/2X9e5xZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DQndi3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...