loading...

Wednesday, 13 February 2019

Ibu gantung diri selepas bertengkar dengan anak di hari pertama CNY 2019


Perayaan Tahun Baharu Cina sepatutnya merapatkan hubungan ahli keluarga yang berkumpul beramai-ramai tetapi tidak bagi keluarga ini di Taipei yang bertukar menjadi tragedi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baharu Cina (5 Februari), seorang wanita berusia 51 tahun mengambil keputusan untuk berbual dengan anak perempuannya yang berusia 20-an. 

Difahamkan, hubungan dua beranak itu tidak begitu baik sebelum ini dan si ibu menyangka di hari perayaan itu dia dapat merapatkan semula hubungan mereka. 

Pada malam kejadian, si ibu berbual dengan anaknya dan segalanya berjalan dengan baik. Namun, perbualan itu terjejas apabila si ibu menyarankan anaknya mencari kerja. Kata-kata si ibu membuatkan anaknya berang. 

Oleh kerana topik yang dibincangkan itu membuatkan si anak kurang selesa, dia terus keluar dan masuk ke biliknya untuk tidur. 

Si anak yang tidak menyangka apa-apa menjalankan rutin hariannya seperti biasa sehinggalah dia pulang ke rumah pada waktu tengah hari dan mencari ibunya di dalam bilik. 

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ibunya dalam keadaan tergantung dengan leher dijerut tali nilon. 

Si anak segera menghubungi polis dan ibunya dikejarkan ke hospital. Malangnya sudah terlambat dan mangsa disahkan meninggal dunia. 

Menurut anak mangsa, mereka selalu bergaduh tetapi tidak menyangka bahawa kejadian pada malam itu adalah kali terakhir dia bercakap dengan ibunya. 

Selepas kejadian itu, anak mangsa menyesal dengan tindakannya dan menangis meratapi kematian ibunya. 

Sementara itu, polis berkata tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa mangsa dibunuh, juga tiada nota bunuh diri yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, mereka tetap akan menyiasat kejadian itu. 



from The Reporter http://bit.ly/2THIm4N
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Ib8fJ2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...