Seorang ibu muda ditahan kerana membunuh dan membakar anak perempuannya berusia 14 bulan hanya kerana mahu membalas dendam terhadap teman lelakinya yang curang.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Manazo, Peru, di mana Marco Antonio Ticona Chiccalla, 23, mendakwa suspek, Lucero Oscava Burgos, 21, telah membunuh anaknya.
Namun, suspek mendakwa anaknya terjatuh dari katil dan meninggal dunia sebelum mayatnya ditanam berdekatan dengan Sungai Hatun Mayu.
Pendakwaraya Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis untuk melakukan siasatan di lokasi kejadian, malangnya mereka gagal menemui mayat mangsa.
Polis menyoal siasat suspek sekali lagi yang akhirnya mengaku telah melemaskan mangsa dengan selimut sebelum membakar dan membuang mayatnya ke dalam silo gandum (ruang penyimpanan gandum).
Suspek berbuat demikian kerana teman lelakinya curang dengan rakan sepejabatnya.
Susulan pengakuan suspek, polis mengeledah silo gandum yang dikatakan itu dan menemui mayat mangsa dibungkus dalam selimut dan dalam keadaan terbakar.
Mayat mangsa dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya, sementara ibunya ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/2Nz1waC
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2T1Gpnz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment