loading...

Tuesday, 19 February 2019

'Siapa yang buat adik aku macam ni?' - Pelajar junior dipukul senior sebab tak puas hati


"Please someone yang kenal student KV Kajang boleh PM aku. Aku just nak tahu je siapa yang buat kat adik aku macam ni. 

"This boy budak lagi, kau senior tak payahlah nak pukul sampai macam ni," demikian tweet Syukran Suhaimi yang mendakwa adiknya telah dipukul sehingga meninggalkan kesan lebam di lengan kiri. 

Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun menurut sumber, mangsa dipukul kerana pelajar senior tidak berpuas hati dengannya. 



Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berkata, itu hanyalah perkara biasa dan pengalaman itu akan menjadikan pelajar junior kuat dari segi mental selain hormat pada pelajar senior. 

"Baru kena pukul sikit dah nak kecoh-kecoh. Orang-orang dulu kena tak ada pula nak bising-bising. Dia takkan kena pukul kalau dia tak ada buat silap apa-apa. Memang adat duduk di asrama kalau yan gbaru masuk tu sesi perkenalan lah. Tak payah nak tunjuk acah-acah sangat kau caring pasal adik kau. Tanya dia apa salah dia buat," kata netizen. 



Walaupun begitu, ramai netizen tidak bersetuju kerana pelajar senior tiada hak untuk memukul mana-mana pelajar junior kerana perbuatan itu tetap salah. 

"Salah ke tak salah ke adik dia, orang yang pukul ini tak ada hak nak memukul sesiapa termasuk adik dia. Kalau betul adik dia salah, bawa pergi berjumpa dengan warden di KV Kajang tu. Buat saja report dan biar warden selesaikan. Yang kau nak naik tangan, asal? Kuat sangat ke?



"Report kat balai je. Kau boleh tengok mak bapak diorang merayu-rayu nanti kat kau. Time tu budak-budak ini tahulah. Jangan buang masa dengan uncivilies monkey ini. Not worth at all," tambah netizen. 

Difahamkan, abang mangsa akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut. 


from The Reporter https://ift.tt/2SOlO64
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SLRxER
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...