Pelajar universiti yang hanya dikenali sebagai TSR, berusia 21 tahun, mati selepas terjun dari bumbung sebuah pasar raya di Bandarlampung, Indonesia, Jumaat lalu sekitar jam 4 petang.
Video kejadian yang dirakam orang awam itu tersebar di media sosial yang kedengaran ada beberapa orang awam yang cuba menggalakkan lelaki muda itu untuk terjun.
Sebelum terjun dari bangunan, seorang individu yang turut merakam kejadian itu ketawa dan berkata, "Terjun! Terjun!".
Sementara itu saksi lain berkata, dia telah cuba meminta bantuan dari pihak pengawal keselamatan pasar raya itu, selain mengeluarkan tilam untuk menyelamatkan anak muda itu dari mencederakan dirinya. Malangnya, pihak berkenaan enggan mengambil sebarang tindakan.
"Saya juga ternampak seorang lelaki berpakaian hitam yang saya sangkakan mahu cuba memujuk pemuda itu agar tidak terjun. Tetapi dia rupa-rupanya hanya datang untuk merakam gambarnya," kata Heni.
Selepas mangsa terjun dan maut di tempat kejadian, orang ramai mula menutup mayat mangsa dengan kotak.
"Ada yang meminta mencari suratkhabar, kotak dan dilarang menyentuh mayat mangsa, sebaliknya tunggu kehadiran polis," ujar Heni.
Heni juga mempersoalkan tindakan orang awam yang menyaksikan kejadian itu bagaimana tiada perasaan simpati, sebaliknya hanya sibuk merakam dan menyebarkan kejadian itu di media sosial.
Sumber: Asia One
from The Reporter https://ift.tt/2EeuisR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GPRpOv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment