loading...

Wednesday, 13 February 2019

'Dari zaman kau dulu, RM50 troli tak penuh lahai' - Netizen kata Najib meludah ke langit, terkena mukanya sendiri


Baru-baru ini bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turun ke pasar raya Tesco dan kehadirannya disambut oleh orang ramai yang mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan bersama dengannya. 

Di Twitter, Najib memuat naik tweet yang mengesahkan bahawa dia berbelanja sebanyak RM50 tetapi tidak penuh troli dan bertanya kepada netizen apa yang mereka patut lakukan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

"Guys, saya boleh confirm. RM50 troli tak penuh. So macam mana? Apa kita nak buat dengan PH?" tulisnya. 



Netizen bagaimanapun membalas tweet Najib itu dengan sindiran dan mendakwa bekas perdana menteri itu seolah-olah lupa bahawa di zaman pemerintahannya juga, rakyat tidak dapat memenuhkan troli pasar raya biarpun berbelanja RM50. 









Ada segelintir netizen tampil mempertahankan Najib dan menegaskan bekas presiden UMNO itu tidak pernah berjanji kalau bayar RM50 boleh penuh troli. 







Namun, netizen lain mengingatkannya kembali bahawa di era pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pernah mengeluarkan kenyataan berani mati bahawa perlaksanaan cukai GST tidak akan menyebabkan harga barang naik. Tetapi setelah GST dilaksanakan, lebih ramai yang merungut mengenai harga barang naik secara mendadak. 





from The Reporter http://bit.ly/2DFZfpN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2SVPkGo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...