Gambar kiri, Dr Zhao |
Seorang wanita muda di China dimaklumkan oleh doktor bahawa dia berkemungkinan tidak akan dapat hamil lagi di masa akan datang selepas menjalani pengguguran bayi sebanyak 17 kali dalam tempoh enam tahun.
Rahim wanita itu yang dikenali sebagai Xiao Ju, telah rosak teruk dan lapisan uterusnya menjadi nipis seperti kertas selepas menjalani pengguguran itu, kata Dr Zhao, Ketua Ginekologi di Hospital Ibu Hamil dan Kanak-Kanak Shiyan di Hubei, China, yang mengendalikan kesnya.
Difahamkan, Xiao Ju telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya selama enam tahun dan pasangan itu melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan kondom.
Xiao Ju mengakui bahawa dia masih belum bersedia untuk berkahwin dan tidak mampu untuk membesarkan zuriatnya menyebabkan dia terpaksa menggugurkan semua kandungannya.
Dr Zhao berkata, dia pernah cuba memujuk Xiao Ju untuk meneruskan saja kehamilannya itu pada ketika dia datang ke hospital baru-baru ini di mana Dr Zhao menjelaskan berkemungkinan itu adalah peluang terakhirnya untuk hamil.
Tetapi, wanita berusia 27 tahun itu nekad dengan keputusannya, menyebabkan Dr Zhao dan rakan sekerjanya tiada pilihan dan terpaksa melakukan pengguguran seperti yang dipinta.
Xiao Ju sangat kerap datang ke hospital itu dan sehingga ada doktor yang melabelkannya sebagai 'pelanggan tetap'.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2GZJcWW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2EbBfLy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment