Tindakan pantas seorang gadis berusia 22 tahun menyelamatkan diri, membantutkan percubaan dua penjenayah yang disyaki cuba menculiknya.
Menurut kakak mangsa, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi tadi di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, ketika adiknya berada di dalam kawasan depan rumah dan berseorangan.
"Adik saya hampir diculik semasa berada di garaj kereta dalam pagar rumah. Masa itu adik keseorangan.
"Turun dua lelaki India dari van dan datang ke arah adik. Adik lari masuk ke dalam rumah dan lelaki itu terus kejar sampai ke depan pintu utama.
"Nasib baik adik sempat mengunci pintu rumah, tetapi lelaki itu nekad mengetuk pintu rumah sekuat hati.
"Adik call saya dalam keadaan menangis-nangis meminta saya datang segera. Apabila saya datang, kelibat dua lelaki itu telahpun tiada.
"Adik tak sempat hafal nombor pendaftaran kereta suspek, sebab adik berlari masuk ke dalam rumah ketakutan," katanya.
Berdasarkan maklumat jiran yang menyedari kehadiran dua lelaki itu, mereka menaiki van jenis Urban berwarna perak dan berkeliaran di kawasan perumahan.
Justeru, kakak mangsa menasihatkan penduduk di sekitar mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
from The Reporter https://ift.tt/2InLJMT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SjehqV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment