Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya ditingalkan di hutan, di Isle of Bute, Scotland, ketika musim cuti sekolah dalam kejadian 2 Julai 2018.
Lapor Mirror, suspek remaja lelaki berusia 16 tahun telah menculik Alesha MacPhail dari biliknya pada waktu malam sebelum dirogol dan dibunuh.
Menurut bapa mangsa, Robert MacPhail berkata, pada malam sebelum kejadian itu, dia menidurkan anaknya dan itulah kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya.
Apabila Robert bangun pada jam 6.25 pagi 2 Julai 2018, dia mendapati Alesha tiada di rumah lalu mencarinya di sekitar rumah, namun gagal menemuinya. Robert kemudian memaklumkan kepada ibu bapanya, jiran mengenai kehilangan Alesha serta meminta bantuan mencari mangsa di Facebook.
Alesha dengan bapanya, Robert |
Ibu mangsa, Georgina Lochrane yang sudah berpisah dengan Robert, menetap di Coatbridge, North Lanarkshire, juga dimaklumkan mengenai kejadian itu, merayu meminta orang ramai mencari anaknya.
Polis Scotland turut melancarkan gerakan mencari mangsa secara besar-besaran.
Kira-kira jam 9 pagi, mayat Alesha ditemui di kawasan hutan, dalam keadaan mukanya menghadap ke tanah dan tidak berpakaian.
Polis juga menemui beberapa barang bukti tidak beberapa jauh dari mayat Alesha.
Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami 117 kesan kecederaan di badan dan maut akibat lemas.
Setelah melakukan siasatan mendalam, polis berjaya menahan suspek lelaki berusia 16 tahun dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menculik, merogol dan membunuh mangsa.
Selepas tujuh bulan dibicarakan, mahkamah mendapati remaja terbabit bersalah dan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Tertuduh terdahulu mengaku tidak bersalah dan menafikan tuduhan yang dikaitkan dengannya, malah mendakwa tidak pernah bertemu dengan mangsa.
Alesha, Robert dan Toni |
Tertuduh juga mendakwa teman wanita kepada Robert, Toni Louise McLachlan yang melakukan pembunuhan itu di mana mereka berdua melakukan hubungan seks pada 2 Julai di mana Alesha dilaporkan hilang.
Dia mendakwa, Toni kemudian mengambil kondom yang digunakannya balik ke rumah dan menculik mangsa, kemudian dibawa ke hutan untuk dibunuh lalu disapu air maninya ke dalam kemaluan Alesha.
Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan bahawa barang/bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian padan dengan DNA tertuduh, selain mendapati tertuduh memberi keterangan palsu untuk mengelirukan pihak polis.
Slender Man |
Tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu juga obses dengan karakter fiksyen, Slender Man, yang dicipta oleh forumers di internet, Eric Knudsen pada 2009 di mana karakter itu mempunyai ketinggian luar biasa tanpa wajah. Slender Man gemar menculik dan mencederakan atau membuatkan mangsanya trauma terutamanya kanak-kanak.
Sebelum melakukan jenayah itu, tertuduh dilaporkan membuat carian di internet mengenai Slender Man.
Kecederaan yang dialami oleh Alesha dipercayai dibuat mengikut apa yang dilakukan oleh Slender Man.
Difahamkan, Robert juga mengenali remaja terbabit dan pernah jual kanabis kepadanya tetapi tidak pernah menjemputnya masuk ke dalam rumah.
Georgina Lochrane |
Sementara itu, Lochrane meluahkan rasa sedihnya terhadap kejadian yang menimpa Alesha.
"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa sedihnya saya akan kehilangan anak yang tersayang.
"Saya bersyukur remaja yang melakukan jenayah ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan.
"Alesha, ibu sayangkan awak. Ibu akan rindu awak selama-lamanya.." katanya.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/2T9NwJR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2En6x3b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment