loading...

Friday, 1 February 2019

'Boleh jamah hidangan disediakan oleh orang bukan Islam, asalkan halal' - Mufti Perlis


Orang Islam boleh menjamah hidangan disediakan oleh orang bukan Islam selagi makanan terbabit halal dan tidak mengandungi unsur haram, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

"Islam tidak pernah melarang umatnya daripada makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam meskipun masyarakat kini dilihat begitu sensitif berkenaan isu terbabit. 

"Kalau nak kata makanan yang bukan Islam banyak sekali dalam negara, contohnya, Mc Donald’s, makanan barat sebagainya kerana ia berasal dari luar negara tapi kenapa rakyat kita masih makan? Kerana kita tahu makanan itu bersih.


"Islam cuma kata umatnya tidak boleh makan makanan yang haram seperti khinzir dan binatang sembelihan yang disembelih tidak mengikut cara Islam.

"Malah Rasulullah SAW sendiri di Khaibar, baginda menerima jemputan dan menjamah hidangan yang disediakan oleh wanita Yahudi," katanya, memetik laporan dari Harian Metro.

Mohd Asri berkata, mualaf juga tidak perlu terlalu sempit pemikirannya apabila tidak menjamah hidangan yang disediakan oleh keluarganya yang bukan Muslim.

"Dia boleh makan makanan yang halal terutama masakan ibu bapa bukan Muslim malah dia (Mualaf) boleh pulang menziarahi mereka ketika hari perayaan.

"Jangan fikir hanya untuk menjamah makanan orang Melayu sahaja, takkan dia pulang ke rumah keluarganya dan dia tidak makan meskipun makanan yang disediakan ibu bapanya bersih dan halal," katanya.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2HLeFyf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2G5M9G0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...