loading...

Monday 17 December 2018

(Video) Remaja maut selepas ibunya beri galakkan terjun dari tingkat 14 dengan parasut buatan sendiri


Remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas parasut buatan sendiri itu gagal dibuka ketika mangsa terjun dari sebuah bangunan di Ukraine, lapor Daily Mail

Video rakaman kejadian menunjukkan, Bogdan Firsov terjatuh dari tingkat 14 dalam kejadian di timur bandar Ukraine Makiivka.

Terdahulu, orang dewasa termasuk ibunya yang menjadi pemerhati dikatakan telah memberi galakkan ketika Bogdan sedang melakukan persediaan untuk mencuba parasut tersebut sebagai sebahagian daripada aksi media sosial. 

Klip video menunjukkan tangannya terbentang di atas bangunan. Ketika terjatuh, parasutnya dibuka tetapi tidak sempat terbuka sepenuhnya menyebabkan dia terus menjunam ke tingkat bawah. 



Menurut saksi, orang ramai di tempat kejadian ketika itu langsung tidak menghalang Bogdan, sebaliknya hanya membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit masing-masing. 

"Mereka bukan manusia lagi, mereka semua dah hilang akal. Kejadian itu berlaku di depan mata saya sendiri. Budak itu terjun dengan parasut, terus jatuh ke bawah," katanya. 

Menurut saudara mara yang menyertai ibu remaja itu menonton, merakam video dan gambar aksi mangsa itu berkata, Bogdan menggunakan parasut buatannya sendiri. 

Mereka datang untuk memberikan galakkan, malah bersorak untuknya. Tiada seorang pun yang menghubungi pihak berkuasa untuk menghalang tindakan remaja itu. 

Ibu mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu terkejut dengan kematian anaknya dan enggan meninggalkan tempat kejadian. 


Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian, mengesahkan mangsa maut serta-merta akibat terjatuh dari tempat tinggi. 


Menurut pakar, meskipun parasutnya berfungsi sepenuhnya pada ketika itu tidak dapat menyelamatkan mangsa atas faktor jarak ketinggian bangunan berkenaan. 


from The Reporter https://ift.tt/2CjE6Cp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GjSoqn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...