loading...

Monday, 10 December 2018

'Sejam yang lalu gumpalan darah ini berada dalam saluran darah pesakit yang mengalami strok'


Gumpalan darah itu nampak kecil, tetapi ia boleh memberikan kesan yang besar pada kehidupan kita. 

Kebiasaannya apabila ahli keluarga atau kenalan tiba-tiba diserang angin ahmar atau strok, orang di sekeliling akan panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun anda sebenarnya dapat menyelamatkan mereka dari menjadi lebih teruk jika mengambil tindakan segera. 

Perkongsian dari Dr Azman Abdullah ini memberi kesedaran kepada orang ramai tentang langkah awal yang perlu diambil sekiranya anda atau kenalan anda mengalami strok. 

"Ini adalah gumpalan darah. Satu jam yang lalu, ia berada di dalam saluran darah di dalam otak manusia, yang menghalang pengaliran darah ke otak. Pesakit mengalami strok. Pasukan neuro dan IR berjaya mengeluarkan gumpalan darah ini. Sekarang kita berharap agar pesakit ini pulih sepenuhnya. 

"Ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda datang ke hospital lebih awal, dalam masa empat jam selepas mengalami strok. Pesakit ini datang dengan ambulans dalam masa 30 minit. 

"Sekiranya anda fikir seseorang itu anda anda mengalami strok, sila hubungi 999." tulisnya di Twitter.



Apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami strok? 

Menurut Dr. Zaireen, strok boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia. Antara tanda awalnya adalah kelemahan atau kebas secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan. 

"Paling ketara kita dapat melihat kesukaran pesakit bercakap atau memahami pertuturan atau pertuturan tidak jelas," katanya. 

Tambahnya, orang ramai perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolestrerol dan tabiat merokok. 



from The Reporter https://ift.tt/2G75cAk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2B5G47C
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...