loading...

Wednesday 12 December 2018

Sayu lihat anak terlantar sakit di hospital akibat dipatuk ular tedung senduk


Viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 7 tahun cedera di bahagian kaki kiri akibat dipatuk ular. 

Menurut seorang pengamal perubatan tradisioal, Mohd Rodzi Senawi yang memuat naik gambar itu berkata, mangsa dipatuk oleh ular tedung senduk dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Besar Taiping. 

"Hati bapa mana yang tidak pilu, hati ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kesayangan mereka yang sebelum ini sangat ceria dan periang terlantar di katil wad Hospital Besar Taiping akibat dipatuk Ular Tedung Senduk," tulisnya di Facebook. 


Dalam kenyataannya itu, Mohd Rodzi mendakwa, ubat anti venom yang diberikan kepada mangsa gagal menyekat bisa ular. 

"Perasaan bertambah hiba apabila ubat anti venom yang diberikan gagal menyekat bisa ular berkenaan. Kaki adik kecil ini semakin hitam dan bengkak semakin naik ke atas paha. 

"Kepada ibu muda, banyakkanlah bersabar kerana Allah mahu menguji kita dengan pelbagai bentuk dugaan yang berat. Ujian ini tidak sia-sia, pasti ada hikmah yang tersembunyi, cuma kita tidak tahu," tulisnya.


Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa kanak-kanak terbabit menjaga pemakanannya dan elak makanan berangin supaya kecederaan yang dialami mangsa cepat sembuh.

"Jagalah pemakanan yang betul kerana jika tersalah makan, bisa ular akan aktif semula dan semakin bengkak. Jangan makan semua jenis kacang, kubis, pulut, pisang, milo dan semua jenis makanan berangin," katanya.


from The Reporter https://ift.tt/2QPBXpX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SJZrdA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...