loading...

Saturday 15 December 2018

'RM1,500 lesap dari akaun bank!' - Mangsa dakwa akaun banknya digodam


Kes kehilangan wang dari akaun bank semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Jika anda membuat semakan di internet, saban hari pengguna internet memaklumkan mereka menerima panggilan, sms dari individu yang tidak dikenali. Lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak menerima sebagai panggilan mahupun sms, tetapi wang simpanan dalam akaun bank tetap lesap! 

Perkara ini menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan para pengguna. Apakah wang simpanan pengguna di bank berkenaan selamat atau sebaliknya? 

Dalam kejadian terbaru, lelaki ini terkejut apabila mendapati wangnya sebanyak RM1,500 telah dipotong dari akaun bank di mana tertera digunakan untuk pembayaran Paypal. 

AKAUN CIMB Bank saya telah digodam dan sebanyak RM1,500 wang dalam akaun saya telah lesap dalam tempoh 20 minit! 

Modus operandi, tiada! Saya tidak menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali, tiada SMS, tiada mesej dari WhatsApp dan semuanya tiada! 

Apa yang saya dapat hanya SMS yang memaklumkan Kad Debit saya (yang auto link ke akaun simpanan saya) telah dipotong RM1,500 untuk transaksi Paypal. 

Saya segera menghubungi CIMB. Apa yang mereka boleh lakukan hanya menyekat akaun Cimb Click, Kad Debit, Kad Kredit dan sebagainya. Mereka juga nasihatkan saya untuk membuat laporan polis dan aduan di cawangan CIMB terdekat pada hari bekerja. 

Aduan telah dibuat dan akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan serta dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 45 hari bekerja. 45 HARI BEKERJA!! 

Memandangkan kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, saya hanya boleh mengeluarkan wang saya pada Isnin minggu depan! 

Semakan di Facebook mendapati, ada beberapa kes sama pernah berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Namun, CIMB seperti tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghentikannya.


Tips: 
  1. Gunakan kad kredit berbanding kad debit. Sekiranya berlaku kes penipuan atau scam, sekurang-kurangnya duit anda tidak terjejas. 
  2. Nyahaktifkan fungsi kad debit anda. Gunakan kad itu hanya untuk membuat pengeluaran di ATM. 
  3. Jangan simpan data bank anda di mana-mana laman/aplikasi yang memerlukan transaksi online seperti Lazada, Shopee, Paypal. Walaupun ini tidak berkaitan dengan kes saya, hanya sekadar untuk langkah berwaspada. 
  4. Semak semua SMS dari bank dan jika ada keraguan, hubungi pihak bank dengan kadar segera. 
  5. Akhir sekali, bertawakal pada Allah. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dijauhkan dari malapetaka dan bencana. 
  6. Dan jika ada kejadian seumpama ini berlaku pada anda, bermuhasabah dan redhalah. InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik. 



from The Reporter https://ift.tt/2QxItSY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UMIAbE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...