"Kecewa dengan servis wedding planner ini. Janji tinggal janji," demikian luahan kekesalan seorang abang terhadap pihak yang sepatutnya memberi perkhidmatan yang menepati perjanjian yang telah ditetapkan.
Mohd Hesla Syafiq, berkata, majlis perkahwinan adiknya indah khabar dari rupa. Bayangkan saja, hidangan yang disediakan oleh pihak berkenaan tidak mencukupi. Membuatkan keluarga pengantin sendiri yang terpaksa menambah kekurangan itu.
"Majlis perkahwinan adik saya indah khabar dari rupa. Majlis sekitar jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang, tetapi nasi sudah habis sekitar jam 11.45 pagi. Kami terpaksa membeli dan menambah nasi, air dan lauk," katanya.
Berdasarkan pakej bernilai RM9,500 yang diambil oleh pengantin, pihak berkenaan sepatutnya menyediakan kaunter bakso dan aiskrim. Malangnya pada hari kejadian, pihak berkenaan tidak menyediakannya.
"Bila acara tiba, jangan kata aiskrim, nasi apa semua pun tidak mencukupi. Dijanjikan 60 meja, yang ada cuma 24 meja sahaja. Pihak kami terpaksa menempah kerusi daripada pihak dewan untuk memuatkan tetamu yang datang seramai 1,200 orang.
"Pihak keluarga yang terdekat bertungkus-lumus, terpaksa bekerja di hari majlis perkahwinan adik saya demi memastikan semua tetamu mendapat makanan.
"Dalam masa yang sama ahli keluarga juga yang terpaksa mencuci piring disebabkan kekurangan piring yang disediakan oleh wedding planner," katanya.
Mohd dan keluarga amat kecewa dengan perkhidmatan syarikat berkenaan yang dianggap telah memalukan mereka sekeluarga.
"InshaAllah tindakan undang-undang akan diambil untuk mendapatkan semula duit yang kami sudah bayar.
"Mohon maaf dari kami sekeluarga di atas ketidakselesaan dan kekurangan sepanjang majlis kelmarin berlangsung. Ikhlas dari keluarga yang teraniaya/ditipu oleh wedding planner," katanya.
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2Lasc0r
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Lccou3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment