Perbuatan sumbang mahram seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bersama kakaknya berusia 15 tahun terbongkar selepas gadis itu melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan, malam tadi, lapor Kosmo.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu terdahulu mengadu sakit perut kepada ibunya pada jam 3.30 petang, lalu pergi ke tandas untuk membuang air besar.
Ibunya yang berada di dapur ketika itu kemudian terdengar jeritan anaknya sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain ternampak seorang bayi di mangkuk tandas.
Remaja dan bayinya kemudian terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketika disoal siasat, remaja itu mengakui dia tidak tahu yang dia sedang mengandung dan terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan bayi perempuan di dalam tandas.
Remaja itu turut mengaku telah melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka
"Bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar, manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri, Ipoh," kata Hasron.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan remaja lelaki terbabit di rumah mereka dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
from The Reporter https://ift.tt/2S5kIhV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2CjjGcJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment