loading...

Saturday, 8 December 2018

Graduan jangan jadi manja, hutang PTPTN mesti dibayar - Timb. Menteri


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar menegur golongan graduan seharusnya bijak merencana kehidupan selepas memiliki segulung ijazah dan ini termasuk perancangan untuk membayar semula hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Beliau berkata, graduan tidak seharusnya menjadi manja dengan mengharapkan gaji bulanan untuk melunaskan hutang pinjaman, sebalik proaktif dan komited membayar pinjaman selepas kerajaan membantu pengajian mereka. 

Meskipun pembayaran balik pinjaman PTPTN secara potongan gaji berjadual ditangguhkan sementara, graduan disaran merancang pembayaran bersesuaian. 

"Gunakan tempoh masa itu untuk rancang pembayaran balik, memandangkan kerajaan sudah minta mekanisme dikaji semula untuk disesuaikan dengan kemampuan peminjam.

"Tidak boleh ada persepsi jika dapat kerja makan gaji dengan kerajaan, baru nak bayar semula. Tak bolehlah tunggu kerja tu datang, mahasiswa harus proaktif, inovatif dan produktif untuk cari pendapatan.

"Sepatutnya begitu, tetapi yang berlaku masing-masing harapkan kerja makan gaji, baru nak bayar. Ini tidak seharusnya berlaku. Dengan segulung ijazah seharusnya mereka bijak merancang masa depan dan berusaha.

"Keputusan tangguh bayaran balik PTPTN menunjukkan sikap keterbukaan menteri yang prihatin dengan suara graduan yang masih belum mampu beri komitmen bayar pinjaman. Namun selepas tempoh berakhir, mereka pula harus komited bantu kerajaan selepas kerajaan bantu mereka dalam pengajian," katanya.

Jelasnya lagi, walaupun kerajaan pada awalnya mahu memansuhkan pembayaran balik PTPTN, tetapi hasrat itu tidak sesuai dilaksanakan pada waktu ini tetapi mungkin dalam jangka masa panjang boleh dipertimbangkan semula.

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2B0bPP9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2El8wGm
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...