loading...

Thursday 13 December 2018

Bapa ratah 2 anak perempuannya sejak 7 tahun lalu selepas ceraikan isteri


Dua kanak-kanak perempuan menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa kandung mereka semenjak tujuh tahun lalu selepas suspek bercerai dengan isterinya, 2011, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan polis di Bandar Enstek, Nilai, Isnin lalu selepas salah seorang mangsa yang kini berusia 16 tahun membuat laporan polis berhubung perbuatan terkutuk suspek. 

"Selepas bercerai dengan isteri, suspek menjaga dua anak perempuannya yang ketika itu masing-masing berusia sembilan dan lapan tahun.

"Mangsa mendakwa dia dan adiknya diperlakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2011.

"Soal siasat mendapati, suspek mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral itu (liwat). Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu adalah pada Jun lalu," katanya. 

Difahamkan, selepas kejadian terakhir itu, dua mangsa terbabit berpindah ke rumah nenek mereka. 

Polis menahan reman suspek selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


from The Reporter https://ift.tt/2ElcnCO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UGlIur
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...