loading...

Thursday, 1 November 2018

Pendapatan Menteri Kewangan RM86,464.92


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi dalam kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Selain dirinya, Guan Eng turut memasukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedudukan seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan dirinya serta isteri dengan RM75,861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, (diri sendiri dan isteri) berjumlah RM73,576.15, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (diri sendiri dan isteri) sebanyak RM72,276.37 dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (diri sendiri) sebanyak RM68,142.66.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33 menerusi pendapatan dirinya dan suami.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama. - Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2SBkMqg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2CWdlER
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...