Apa yang menyedihkan beliau adalah, kakitangan bawahan yang profesional dan setia akan menjadi sasaran utama.
"Yang sedihnya, sasaran utama adalah kakitangan bawahan yang profesional dan setia kepada majikan. Sedangkan pegawai atasan yang bersubahat 'merosakkan' TV3 pada zaman kleptokrasi masih 'berbulan madu' dengan gaji yang lumayan.
"Sepatutnya mantan macai-macai kleptokrasi yang kononnya sudah 'swing 360 darjah; itulah yang sepatutnya dibuang dahulu. Mereka hanya kuda tunggangan politik yang hanya pandai main wayang politik, sedangkan sejarah kegemilangan TV3 sebagai saluran TV swasta pertama negara suatu ketika dahulu bukan kerana berita politik. Tetapi kerana berita-berita eksklusif yang menambat hati rakyat.
"Kelainan inilah yang perlu dikembalikan jika TV3 mahu terus berdaya saing dalam era ledakan teknologi maklumat kerana berita yang 'biasa-biasa' terutama berita politik bole hdibaca oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa menerusia media sosial atau internet.
"Berita TV3 perlu ada 'exclusive contents' yang akan ditunggu-tunggu oleh penonton setiap kali ia ke udara seperti pada era kegemilangannya dulu.
"Prasarat utama untuk kembali ke tahap kegemilangan itu adalah dengan 'membersihkan' pengurusan TV3 yang sudah tercemar teruk dengan 'budaya politik kleptokrat', manakala kakitangan editiorialnya dari peringkat wartawan, editor dan penerbit pula perlu berubah dari budaya 'menunggu berita di talian' kepada budaya 'mencari berita eksklusif di lapangan'," katanya.
Sementara itu, menurut sumber dalam TV3 mengesahkan beberapa bahagian telah dimaklumkan mengenai perkhabaran itu.
"Perkara ini berlaku kerana pihak atas mengatakan Media Prima mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menampung jumlah kakitangan yang ramai.
"Jadi, jumlah bilangan 1,500 itu bukan rumors, ia bakal berlaku.
"Allahuakbar, TV3 yang gemilang dulu tak pernah sangka akan jadi seperti ini. Semoga nasib kami semua terbela," kata sumber.
from The Reporter https://ift.tt/2DTvCnd
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TDcChC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment