Pengguna Twitter, Mizan Paan, berkongsi kejadian yang menimpa rakannya yang baru-baru ini disahkan menghidap penyakit Tibi di mana doktor mengesahkan salah satu puncanya ialah dari asap rokok.
"Housemate disahkan TB, doktor kata salah satu punca is asap rokok," katanya.
Pernah buat teguran terhadap rakan serumah mereka yang selalu merokok dalam rumah tanpa memikirkan keselesaan penghuni lain. Malangnya, dia mengamuk dan tidak mengendahkan teguran itu.
Housemate disahkan TB, doc kata salah satu punca is asap rokok.— Pathetic Paan (@mizanpaan) November 12, 2018
Sound si perokok yg selalu merokok dlm rumah 2-3 batang terus, yg mmg dah kena sound banyak kali, dia mengamuk apahal salahkan aku. Pastu nyala lg rokok sebatang tanda protes.
Smoker n selfishness. Go die quickly.
"Sound si perokok yang selalu merokok dalam rumah 2-3 batang terus, yang memang dah kena sound banyak kali.
"Dia mengamuk dan kata apahal salahkan dia sebelum dia menyalakan lagi sebatang rokok sebagai tanda protes," kata Paan.
Menurut Paan, dia kesal dengan sikap perokok yang mementingkan diri seperti itu.
Sementara itu rakannya yang menghidap penyakit Tibi kini terpaksa memakai topeng penutup mulut. Sesekali mereka berbicara mengenai rakan serumah yang gemar hisap rokok dalam rumah.
"Dia memang nak bunuh member rasanya," kata Paan yang juga merancang mahu memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa lelaki terbabit.
Bagaimanapun, Paan menjelaskan, rakan serumahnya itu bukanlah 100% punca kejadian, tetapi dia salah satu punca menjadikan penyakit yang dihidapi itu lebih teruk.
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Penyakit ini biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.
Bagaimanakah tibi merebak?
Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.
- Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
- Kahak berdarah
- Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
- Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
- Hilang selera makan
- Berat badan menyusut
- Mudah letih dan lemah badan.
Langkah pencegahan tibi
- Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
- Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
- BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
- Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
- Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.
from The Reporter https://ift.tt/2RNgPxo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2K2MvMu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment