loading...

Saturday, 10 November 2018

Pegawai tentera Thailand mengaku meliwat lebih 70 remaja lelaki



Polis telah menahan seorang pegawai tinggi tentera pada Rabu lalu kerana didakwa meliwat kira-kira 75 remaja lelaki, lapor Coconut Media. 

Sarjan Major Jakkrit Khomsing didakwa mengumpang mangsanya yang rata-rata berusia antara 13 higga 18 tahun menggunakan profil palsu di aplikasi untuk golongan gay. 

Menurut Timbalan Pengarah Pasukan Petugas Jenayah Teknologi, Surachate Hakparn berkata, suspek berusia 43 tahun itu telah ditahan di kediamannya.

Selain itu, suspek yang telah digantung tugas itu menghadapi enam pertuduhan termasuk merogol dan mencabul kanak-kanak bawah umur. 

Dalam sidang media Khamis lalu, Surchate mendedahkan Jakkrit menggunakan profil dengan gambar lelaki yang menggoda untuk memperdayakan mangsa-mangsanya dan menghantar beberapa gambar dirinya ketika bersembang di aplikasi itu untuk menyakinkan mangsa setuju untuk berjumpa. 

"Kami mempunyai bukti bahawa dia telah merogol kira-kira 75 remaja lelaki dan dia mengaku melakukannya," kata Surachate. 

Sehingga kini, polis telah mengenalpasti nama dan alamat 28 mangsa dari jumlah 75. 

Surachate menjelaskan siasatan mungkin akan mengambil masa yang lama berikutan majoriti mangsa adalah bawah umur. 

Mangsa juga diarahkan untuk membuat ujian HIV dan diberi khidmat kaunseling oleh kerajaan. 

Pihak berkuasa mula menyiasat mengenai Jakkrit selepas salah seorang mangsa menghubungi Pasukan Petugas Jenayah Teknologi di Facebook dan melaporkan mengenai perkara itu. 

Berdasarkan siasatan awal, Jakkrit telah melakukan perbuatan itu sejak empat tahun lalu ketika ditugaskan di Bangkok. Jakkrit juga didapat positif HIV pada 2009 tetapi hanya mula mendapatkan rawatan pada 2014 untuk tempoh lapan bulan. 


from The Reporter https://ift.tt/2PpWrG9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JSROy5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...