Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya kecundang dalam kehidupan. Namun begitu, jangan pula menekan anak-anak sehingga menyebabkan perkara lain pula yang berlaku.
Apakah kejayaan pada anak-anak yang diharapkan oleh ibu bapa sebenarnya? Berjaya dalam mendapat pendidikan cemerlang atau berjaya dalam merancang kehidupan apabila mereka sudah dewasa kelak? Atau kedua-duanya sekali?
Semoga perkongsian dari Nasir Rahman ini memberi manfaat kepada kita semua.
KAWAN saya ada tujuh orang anak, tiada seorang pun yang berjaya melangkah ke universiti. Selepas SPM, paling hebat pun masuk Giatmara atau pusat latihan SKM.
Anak perempuan sulung, selepas SPM terus berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga merupakan orang sekampung. Suami kerja kontrak, menyawit. Sekarang dok jaga kebun-kebun orang kampung. Dapat jugalah bawa kereta 'H'. Anak pun ramai, buat rumah sebelah rumah mak bapak.
Anak yang kedua, buka kedai makan di bandar Batu Pahat. Kahwin dengan orang sekampung. Mertua buatkan rumah di tanah kampung. Fuh~, cantik rumahnya. Ada dusun tiga hektar.
Anak ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh selepas SPM kerja biasa-biasa. Ada kerja kat pasar, ada kerja kampung dan sebagainya. Cucu dah ada lima. Semua anak-anak dia walaupun tak berjaya dalam pelajaran, semua saya tengok 'sejuk mata memandang'. Rajin kerja, rajin bermasyarakat, rajin berjemaah di surau.
Rumah dia, meriah sangat. Maklumlah cucu sebelah rumah saja. Kiri kanak depan belakang rumah penuh dengan tanaman dan sayuran. Anak ramai, kena tanam sayur sendiri, bela ayam itik sendiri, bela ikan kelia dan sebagainya.
Kawan saya ini kerja kampung, dia ada kebun sawit. Cukup katanya untuk menyara keluarga. Bawa van besar sebab keluarga besar.
Apa yang saya nak kongsikan dalam apa yang saya lihat, hidup dia cukup bahagia. Suami isteri cool saja, tenang saja. Bangun pagi, mandi, pergi surau berjemaah subuh. Ngeteh dengan anak beranak di anjung, borak-borak. Jam 7.30 masing-masing gerak ke tempat kerja.
Anak-anak dan cucu-cucu keliling rumah, riuh rendah. Masa raya lepas, meriah sangat. Masak rendang ayam kampung pun satu periuk besar.
Kawan saya kata dia sangat bersyukur walaupun anak-anak dia tak berjaya dalam pelajaran. Masa isteri dia masuk hospital, bergilir-gilir anak dia jaga. Makan pakai emak sakit, semua dijaga.
Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ukuran 'kejayaan' sebenar bagi ibu bapa? Adakah kerana Allah kurniakan anak-anak yang 'kurang genius' menunjukkan dia gagal? Bukankah otak bergeliga itu anugerah Allah?
Saya tahu perasaan bila anak scored straight A's dari tadika sampai SPM. Saya juga ada anak yang kutip E dan G sebab dia lambat ambil result (dia kerja dengan saya, very hard working dan dialah tulang belakang saya sekarang).
Bagi saya, apa-apa anugerah Allah kita bersyukurlah. Dalam kita mendongak ke langit, janga kita lupa bumi dipijak. Sekian cerita merepek dari saya.
Sumber: Nasir Rahman
from The Reporter https://ift.tt/2DTLmab
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DE5qwh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment