Mahkamah Sesyen Kajang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap tukang gunting yang mendera bayi berusia 11 tahun yang diasuh oleh isterinya, sehingga mati, lapor Harian Metro.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Hazmi Majid, 36, yang mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 November lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi terbabit di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang pada 7 November lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Hazmi didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Hazmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung keluarganya dan menyara isteri dan tiga orang anaknya.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria membantah rayuan itu dan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan membabitkan bayi berusia 11 bulan yagn tidak berdaya untuk mempertahankan diri.
"Tertuduh adalah suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga dan bukannya mengambil kesempatan ke kanak-kanak itu. Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini," katanya.
BERITA BERKAITAN:
- 'Selagi pelaku tidak dihukum, saya takkan berasa tenang' - Ibu Zara
- Bayi 9 bulan maut didera suami pengasuh secara fizikal dan seksual
from The Reporter https://ift.tt/2KDVX9y
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PYn7ht
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment