"Ujian dan dugaan untuk adik aku. Tak apalah, kita tak dapat tahu siapa orang itu. Kalau dapat, tahulah nasib dia kan?" demikian tulis MizzBaby Azrol di Facebooknya berhubung kejadian yang menimpa kereta adik iparnya baru-baru ini.
Menurut Mizz, dia tidak menyangka ada penghuni yang tidak bertanggungjawab seperti ini dan kerana kemalasan mereka itu menyebabkan kereta orang lain menjadi mangsa.
"Ada orang simpati, ada orang geram, ada orang sakit hati, ada orang geli hati. Manusia, macam-macam ragam.
"Harap sesiapa yang baca post ini, aminkanlah doa kami supaya pengkhianat ini dapat dicari. Orang begini janganlah duduk di flat mana-mana pun. Dia layak duduk di hutan saja," tulisnya.
Mizz mengesyaki kejadian itu dilakukan oleh penghuni warga asing dari tingkat 11 atau 12. Malah katanya, sebelum kejadian itu, ada dua buah kenderaan lain yang turut menerima nasib sama akibat dibaling dengan cawan sehingga menyebabkan cermin kereta pecah.
"Saya tak faham spesis orang seperti ini. Apa malas sangat ke nak turun pergi buang sampah di bawah itu?
"Rasanya penghuni di tingkat 11 atau 12. Sampah dah berulat, mungkin sudah lama disimpan di rumah itu yang jadi malas nak buang ke bawah, terus dia humban saja dari atas.
"Nasib baik tak ada orang di bawah pada masa itu, kalau ada lagi kasihan. Memang hati binatang orang yang buat begini.
"Biasanya orang-orang asing yang selalu buat hal di flat ini, sebab Melayu ada otak lagi nak fikir.
"Semalam pun ada dua buah kereta yang kena baling cawan sehingga menyebabkan cermin kereta pecah.
"Kasihan tengok adik ipar saya semalam, menangis dia. Yelah, dengan sampah-sampah pad, pampers semua cukup siap berulat-ulat. Adik ipar saya dah buat laporan polis," ujarnya.
from The Reporter https://ift.tt/2AjvtW0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TDQcNl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment