loading...

Thursday, 15 November 2018

Insiden penaja GV5 persenda warna kulit dan raut wajah orang, SKMM beri amaran tegas kepada Astro


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan amaran kepada syarikat penyiaran Astro mengenai kandungan promosi produk yang didakwa mempersenda kulit dan raut wajah orang pada program Konsert Gegar Vaganza 5 yang disiarkan melalui saluran Astro Ria, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, MCMC berkata satu siasatan telah dijalankan berhubung aduan orang ramai terhadap perkara itu.

“Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan MCMC pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil.

“Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November,” kata kenyataan itu sambil menambah sebagai tindakan pencegahan pengulangan insiden, Astro juga telah merakamkan terlebih dahulu apa-apa segmen yang melibatkan penaja utama program ini.

“Pihak MCMC memandang serius perkara itu dan telah mengeluarkan amaran kepada Astro untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

“Astro, selaku pemegang lesen Pembekal Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-i) adalah tertakluk kepada pematuhan Syarat Lesen Khas dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata kenyataan itu. - Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2QHjb0Q
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DHv4AX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...