Video berdurasi 45 saat itu yang berlaku di Giant Ampang Point menunjukkan, Edi Rejang mendakwa gadis itu memberi minuman tester arak jenama Carlsberg kepada pelanggan di pasar raya itu.
Namun gadis berkenaan menafikan dakwaan Edi dan menegaskan dia hanya mempromosikan minuman itu kepada pelanggan bukan beragama Islam.
Dia kemudian bertanya apakah Edi bersifat perkauman hanya kerana dia berbahasa inggeris dan secara tiba-tiba Edi menunjukkan tanda isyarat lucah sebelum beredar dari tempat itu.
racist malay guy goes berserk at an innocent chinese girl for giving out Carlsberg testers at a supermarket pic.twitter.com/p5EInZaRCf— syafiq 🥠(@malaymango) November 19, 2018
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan biadab Edi yang sangat memalukan. Tidak kurang dengan itu, ada yang berjaya mencari identiti Edi terbabit lalu didedahkan kepada umum.
Edi yang juga mempunyai akaun Instagram itu kini diserang oleh netizen melalui ruangan komen di setiap gambarnya.
"Acah-acah nak viral konon dengan menyalahkan budak itu. Last-last satu Malaysia tahu dia sengaja masuk non-halal section. Bodoh bin bebal sangat," kata netizen lain.
Netizen menuntut Edi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pembantu jualan itu yang jelas sekali tidak melakukan sebarang kesalahan.
Tidak kurang juga ada netizen yang meminta gadis itu memfailkan tindakan undang-undang terhadap Edi kerana menganggunya menjalankan tugas, selain menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

Sumber: Syafiq
from The Reporter https://ift.tt/2DJAWtD
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ORU3To
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment